Warna kegemaran juga boleh menentukan
sifat atau perwatakan seseorang wanita. Berikut adalah beberapa warna
kegemaran beserta dengan sifat keperibadian masing-masing.
RahAsia Warna Biru
Jika anda suka warna biru, anda tergolong sebagai pemurung dan selalu
bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan
ketenteraman. Anda selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu
juga dalam bercinta kerana anda lebih cenderung menyembunyikan perasaan.
RahAsia Warna Hijau
Warna kesukaan anda hijau, maka anda tergolong dalam golongan yang
sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang
nyaman. Anda adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal
bercinta anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi
dan dapat dipercayai.
RahAsia Warna Kuning
Kesukaan anda warna kuning menandakan bahawa anda memiliki sifat
optimis. Anda seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki
penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri
anda,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi anda. Anda
orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu
lemah dan bodoh.
RahAsia Warna Ungu
Jika
warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran anda maka anda adalah
seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan anda
tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan anda adalah yang terbaik.
Anda pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya
merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih
anda.
RahAsia Warna Putih
Jika
anda menyukai warna putih, maka anda adalah orang yang dilahirkan ke
dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi anda kerana sifat anggun,
sifat idealis dan moral anda yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,
senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan anda.
RahAsia Warna Hitam
Anda
sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika anda berada
dilingkungan yang tidak disukai, maka anda akan menjadi murung. Anda
selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut
cinta anda.
RahAsia Warna Merah
Anda
seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan
bersosial dengan lawan jenis tapi anda dapat menahan diri. Banyak orang
meluahkan cinta, tapi anda selalu berfikir dan berfikir lagi. Anda
termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.
0 komentar :
Posting Komentar